Selasa, 17 Julai 2012

Pengenalan Lukisan Kejuruteraan

Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan


TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN

Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i.Lukisan Artis/ Lakaran
ii.Lukisan Kejuruteraan

Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alam semula jadi.

CONTOH LUKISAN ARTIS / LAKARAN

Lukisan kejuruteraan pula adalah lukisan garisan-garisan yang dibentukdaripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebastanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

CONTOH LUKISAN KEJURUTERAAN

Lukisan Kejuruteraan mengandungi cirri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka yangdaripada kejuruteraan yang sama.